OBJEKTIF
- Social Inclusivity: Sukan layang-layang sebagai satu landasan interaksi pelbagai kaum
- Memperkenalkan seni budaya tradisional tempatan
- Economic Prosperity for Bintulu: Peluang perniagaan kepada pengusaha dan peniaga kecil-kecilan
- Mempromosi produk/ masakan tradisional/ kraft tangan tempatan
- Environment Sustainability: Bintulu sebagai destinasi pelancongan, beriadah dan beristirehat bersama ahli keluarga
LAIN-LAIN
- Menjadikan sukan permainan Layang-layang sebagai salah satu landasan untuk medan perinteraksian antara pelbagai kaum dan bangsa yang berlatarbelakang sosio-ekonomi dan fahaman politik yang berbeza.
- Memperkenalkan senibudaya tempatan tradisional yang kaya dengan khazanah kepada para pelancong tempatan dan juga peserta antarabangsa dengan pengisian acara persembahan kebudayaan pada sebelah malam hari,
- Memberi peluang perniagaan kepada peniaga kecil-kecilan dan mempromosi produk tempatan disamping mempromosi produk dan masakan tradisional tempatan kepada masyarakat luar dan juga pelancong luar Negara.
- Menjadikan Bandar Bintulu sebagai salah satu destinasi pelancongan dan beriadah khususnya untuk sukan permaianan layang-layang dan beristirehat bersama keluarga disamping memperkenalkan produk masakan tradisional Bintulu.